PUTRAJAYA: Lawatan rasmi sulung Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan ke Jakarta pada Selasa merupakan bukti kepada hubungan akrab dan komprehensif antara Malaysia dan Indonesia, menurut Kementerian Luar (Wisma Putra).
Mohamad yang turut mengadakan kunjungan hormat terhadap Presiden Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi berkata, lawatan itu merupakan kesinambungan usaha kerajaan Malaysia untuk terus mengeratkan hubungan dengan kerajaan Indonesia dan meningkatkan kerjasama di peringkat ASEAN.
"Menteri Luar juga menyentuh mengenai aktiviti perdagangan sempadan di Tebedu (Sarawak) dan Entikong (Kalimantan) dapat digiatkan semula untuk mencapai sasaran dagangan tahunan sebanyak US$30 bilion (kira-kira RM143 bilion) seperti yang dipersetujui oleh kedua-dua pemimpin," menurut Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Selasa.
Mohamad yang dilantik sebagai Menteri Luar pada 12 Dis 2023 turut mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya, Retno Marsudi.
Kedua-dua pihak membincangkan isu dua hala, serantau dan antarabangsa yang melibatkan kepentingan bersama.
"Pertemuan itu juga memberikan peluang kepada kedua-dua pihak untuk menilai kemajuan dalam hubungan dua hala dan meneroka potensi kolaborasi baharu ke arah mengukuhkan lagi perkongsian sedia ada," menurut kenyataan itu.
Selain isu dua hala, Menteri Luar turut bertukar-tukar pandangan dengan Presiden Jokowi dan rakan sejawatannya mengenai perkembangan serantau dan global terutamanya berhubung situasi di Myanmar dan konflik di Palestin.
Kedua-dua negara mengulangi komitmen untuk berkerjasama rapat dalam menangani isu diskriminasi minyak sawit.
Malaysia dan Indonesia ialah negara pengeksport utama dunia bagi komoditi itu.
Pada 2023, Indonesia disenaraikan sebagai rakan dagang ketiga terbesar Malaysia dalam kalangan negara anggota ASEAN dengan jumlah perdagangan bernilai RM111.21 bilion (AS$24.39 bilion).
Menteri Luar juga berbincang dengan rakan sejawatannya dari Indonesia untuk menyelesaikan krisis di Myanmar melalui ASEAN dan menekankan pentingnya perpaduan ASEAN dalam menangani isu berkenaan.
"Menteri Luar juga mengulangi pendirian Malaysia yang turut dikongsi oleh Indonesia, mengenai perjuangan rakyat Palestin dan hak mereka yang tidak boleh dipisahkan untuk menubuhkan sebuah negara Palestin yang bebas dan merdeka," menurut Wisma Putra. - BERNAMA
Bernama
Wed Feb 07 2024
Mohamad (kanan) mengadakan kunjungan hormat terhadap Presiden Indonesia, Joko Widodo semasa lawatan rasmi sulung Menteri Luarke Jakarta pada Selasa.
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Malaysia gesa tindakan tegas akhiri ketegangan Asia Barat dicetus Israel - Mohamad
Malaysia menggesa tindakan lebih tegas dalam menyelesaikan ketegangan di Asia Barat yang berpunca daripada pendudukan haram Israel di Palestin.
OIC digesa tumpu noktahkan kemiskinan, pembangunan sosioekonomi saksama - Mohamad
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) perlu beri tumpuan kepada usaha menoktahkan kemiskinan dan pembangunan sosioekonomi demi mencapai Agenda Pembangunan Mampan 2030.
OIC mesti bertindak banteras Islamofobia, hipokrasi Barat - Menteri Luar Negeri
Tindakan parti politik berhaluan kanan, pemimpin agama dan entiti negara-negara Barat yang membakar sentimen Islamofobia merupakan sikap hipokrasi dan dwistandard yang memalukan.
Menteri Luar Mohamad Hasan adakan lawatan rasmi tiga hari ke China
Menteri Luar akan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya, Wang Yi di Beijing untuk membincangkan isu dua hala, serantau dan antarabangsa yang melibatkan kepentingan bersama.
PRK Kuala Kubu Baharu: Komponen BN bertanggungjawab bantu calon Kerajaan Perpaduan
Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan berkata tanggungjawab itu perlu dilaksana kerana BN adalah sebahagian Kerajaan Perpaduan.
Konflik Iran-Israel: Tiada keperluan mendesak bawa pulang rakyat Malaysia di Iran, Lubnan dan Jordan
Wisma Putra sentiasa memantau rapi keadaan rakyat Malaysia di tiga negara terbabit, dan tindakan membawa mereka kembali ke tanah air hanya akan dibuat jika mendapat arahan MKN.
PRK Kuala Kubu Baharu: Parti komponen BN perlu bantu calon Kerajaan Perpaduan - Mohamad Hasan
Mohamad Hasan berkata ini kerana BN menghormati sistem yang diperakukan sebelum ini bahawa parti penyandang akan diberi keutamaan untuk meletakkan calon bertanding dalam PRK.
Mangsa sindiket penipuan pekerjaan disoal siasat - Mohamad
Rakyat Malaysia yang diselamatkan daripada menjadi mangsa penipuan sindiket tawaran pekerjaan akan disoal siasat oleh pihak berkuasa bagi memastikan mereka benar-benar mangsa dan bukannya dalang.
Wisma Putra sedia bantu bawa pulang jenazah dua pelajar Malaysia maut di New Zealand
Wisma Putra bersedia membantu menguruskan dan membawa pulang jenazah dua pelajar Malaysia yang maut dalam nahas jalan raya di Tasik Tekapo, New Zealand hari ini.